Sunday, April 11, 2010

PEMULIHAN TULISAN

TULISAN

DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.


PERANAN TULISAN

- Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

- Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

- Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

- Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.


PRATULISAN

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.



TULISAN MEKANISME

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.


KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca utama ialah masalah ’psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah".

Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN
a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.

i. --------- …………. ………….. …………... …………

b) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis.

BULATAN BESAR – BULATAN KECIL

c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya.

d) Latihan membentuk garisan lurus.

e) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.Dilakukan secara bebas.

f) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.



PEMULIHAN TULISAN


SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.


Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.

1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut:

(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.

(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.



2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua
kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.


3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.


4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:

(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.

(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).


5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.

(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan.

(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.

(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.

(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.


Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid

Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.

Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua.

Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.


CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN


Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.


KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.


LATIHAN SEBELUM MENULIS

Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

No comments:

Post a Comment